
Penampilan Syamel kini berbeza berbanding sebelum ini, menyebabkan ramai peminat tertumpu pada perubahan tersebut.
Badan yang semakin susut, wajah yang semakin runcing, dan ‘jawline’ yang lebih jelas, namun suami Ernie Zakri itu menafikan sebarang pembedahan plastik untuk mengubah wajahnya.
Pelantun lagu “Hidup Dalam Mati” itu mengakui bahawa dia memang tertarik untuk menjalani pembedahan plastik.
“Banyak benda saya nak buat juga (pembedahan plastik) tapi ada yang dengki, cuma benda itu tidak betul lah. Benda pertama saya mahu buat, saya akan buat hidung.”
Tambah Syamel, dia memang menggunakan sedikit mekap dan mendandan rambut apabila membuat persembahan di pentas.
“Kalau di luar pula saya okay dengan mask atau tak pakai mask sebab tiada apa saya mahu sorokkan. Saya juga tak kisah untuk post muka saya yang dulu dan sekarang.”