Hiburan

Pelakon Kazar Saisi Tenang Menghadapi Berita Perceraian Syamsul Yusof dan Ira Kazar

Kazar Saisi berkongsi nasihat dan kata-kata semangat selepas perceraian Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Nama Kazar Saisi sedikit sebanyak menjadi perhatian selepas menantunya, pengarah Syamsul Yusof dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah terhadap anak perempuannya, Ira Kazar pada Isnin.

Pelakon veteran Kazar Saisi bagaimanapun tetap tenang mendengar berita itu dan sempat berkongsi nasihat kepada orang ramai. Katanya, Allah tidak akan menguji hamba-Nya jika Dia tahu individu tersebut tidak mampu menghadapi ujian tersebut.

“Kepada semua sahabat dan teman, ingatlah selalu, tidak kira situasi apapun yang sedang kita lalui sekarang, Allah telah pun memilih kita. Jangan bersedih atau merungut.”

Pelakon berusia 68 tahun itu juga menyatakan bahawa dia percaya setiap ujian yang diberikan oleh Allah SWT pasti mempunyai hikmah tersendiri untuk orang yang diuji.

“Allah tahu apa yang terbaik dan dia juga akan berikan kita yang terbaik walaupun mengambil masa lama. Berterima kasihlah untuk segalanya. Ucap Alhamdulillah.“

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Syamsul Yusof yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Isnin.

Peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Rais kemudian mengesahkan bahawa pengarah tersebut telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Related posts
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
Hiburan

JEP SEPAHTU LUAH KECEWA, MINTA SHUIB BERHENTI BANGKITKAN ISU PERSAHABATAN DI PODCAST

Pelawak Jep Sepahtu meluahkan rasa kecewa terhadap Shuib yang didakwanya masih membangkitkan isu…
Read more
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *