Hiburan

Rapper Terkenal Fatman Scoop Rebah dan Meninggal Dunia Ketika Persembahan

Scoop tumbang di belakang meja DJ setelah meminta penonton untuk ‘bersorak’.

Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia semasa mengadakan konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.

Scoop yang terkenal dengan kolaborasi bersama artis lain seperti Missy Elliott menerusi lagu hit “Lose Control” dan Ciara, pengsan ketika membuat persembahan sebelum disahkan meninggal dunia.

Menerusi video yang tular di platform X, Isaac Freeman III yang lebih dikenali sebagai Fatman Scoop telah rebah di belakang meja DJ selepas meminta penonton ‘membuat bising’. Scoop yang juga pernah berkolaborasi dengan Mariah Carey untuk lagu “It’s Like That”, dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Rapper yang memulakan kariernya pada tahun 90-an ini meninggal dunia pada usia 53 tahun. Setelah berita kematiannya tersebar, rakan-rakan dalam industri termasuk Missy Elliott menzahirkan rasa dukacita. “Suara dan tenaga Fatman Scoop telah menceriakan banyak lagu, membuatkan orang gembira dan ingin menari selama lebih dua dekad.”

“Impak yang anda tinggalkan sangat besar dan tak akan dilupakan,” tulis Elliott di X.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *