Hiburan

Filem Gold Kembali ke Pawagam, Raikan Kemenangan Cheah Liek Hou

Untuk meraikan kejayaan Cheah Liek Hou yang mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024, Astro Shaw akan membawa kembali filem Gold ke pawagam GSC terpilih mulai 5 September.

Bagi meraikan kejayaan jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou yang mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024, Astro Shaw akan menayangkan semula filem Gold di pawagam GSC terpilih mulai 5 September.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Filem Gold dan Ketua Astro Shaw, tayangan filem yang diilhamkan oleh perjalanan hidup Cheah Liek Hou dari kecil hingga menjadi atlet bertaraf dunia ini akan berlangsung untuk tempoh terhad.

“Tahniah Cheah Liek Hou atas kejayaan ‘gold’ ini.

Beliau telah mengangkat harapan dan impian Malaysia ke pentas dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kami sangat berbangga dengan perjalanan luar biasa dan semangat yang ditunjukkan. Dedikasi beliau patut menjadi sumber inspirasi kepada kita semua.

“Bagi berkongsi rasa penghargaan ini, kami membawakan semula filem Gold ke pawagam terpilih untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menghayati kisah kejayaan jaguh dunia ini.

“Kemenangan ini kita raikan bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Filem ini kini juga boleh dilanggan melalui platform Astro saluran 480 atau On Demand serta Astro GO dan Sooka pada peranti pilihan anda. Gold menampilkan Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Farid Kamil sebagai Rashid Sidek, Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo sebagai Guan Ting serta Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng dengan penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.

Filem ini mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik Malaysia, Cheah Liek Hou sejak zaman kanak-kanaknya. Walaupun menghadapi cabaran besar termasuk penyakit saraf Erb’s Palsy.

Kehilangan ayah tercinta yang merupakan penyokong kuatnya, Liek Hou bangkit semula selepas acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan pertandingan di Tokyo dengan bantuan jurulatih dan legenda badminton Malaysia, Rashid Sidek.

Related posts
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more
Hiburan

DR FIE EX KEPADA PENYANYI NUBHAN SAH BERTUNANG, PILIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI HINGGA AKAD NIKAH

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau Dr Fie, mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KONGSI BAHAGIA, KENDURI RAKYAT DI MUAR DAN KOTA KINABALU

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berkongsi kebahagiaan perkahwinan mereka…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *