Hiburan

Media Sosial Kecoh: Poster Pinjaman Wang Dengan Wajah Johan, Zizan dan Afdlin Shauki

Apa yang menarik perhatian ialah poster tersebut memaparkan wajah pelawak terkenal tanah air seperti Johan, Zizan dan Datuk Afdlin Shauki.

Baru-baru ini, media sosial heboh apabila poster pinjaman wang memenuhi kawasan sekitar Kuala Lumpur termasuk KLCC, Bukit Bintang, Petaling Street dan Pasar Seni.

Beberapa pengguna media sosial berkongsi gambar dan video yang menunjukkan poster tersebut tergantung dan bahkan ‘terbang’ di sekitar Bukit Bintang.

Apa yang menarik perhatian adalah poster tersebut menampilkan wajah pelawak terkenal tanah air seperti Johan, Zizan dan Datuk Afdlin Shauki.

Kejadian ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen dengan sesetengah pihak mendakwa bahawa ia mungkin sekadar gimik untuk mempromosikan filem.

“Saya dapat video ni dari group whatsApp. Ni betul-betul ke? Ke video gimmick? Kat KLCC pulak tu.

“Tak pernah dibuat orang promo filem kat KLCC.

Langsi betul Ah Long ni. Tapi ada muka Johan ngan Zizan kat situ? Adakah Jozan is back?” tulis beberapa pengguna menerusi ruangan kapsyen.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *