
Pelakon Puteri Sarah Liyana menegaskan bahawa dia tidak mahu lagi terlibat dalam sebarang isu yang berkaitan dengan bekas suaminya Syamsul Yusof yang bercerai dengan Ira Kazar pada Khamis lepas.
Menurutnya, apa yang berlaku dalam kehidupan bekas suaminya adalah ketentuan takdir dan dia menolak dakwaan bahawa dirinya telah ‘menang’ selepas perpisahan tersebut.
“Saya anggap ini adalah takdir dan itu bukanlah satu kemenangan sebab saya sudah tidak ada kena mengena lagi dalam cerita ini. Dah lama dah saya tak ada dalam cerita ini.
“Jadi, saya tak nak beri komen lebih-lebih sangat,” katanya.
“Berbadan dua cari saya, cerai cari saya. Saya dah setahun lebih dah move on. Saya tak nak ada kena mengena dah dalam hal ini. Itu hal mereka.
“Saya dah ada kehidupan baharu. Bahagian mereka pun sudah berakhir. Jadi saya nak enjoy sahaja. Jangan kaitkan saya, kesian saya,” katanya.
Syamsul dan Ira disahkan bercerai dengan talak satu pada 5 September lalu selepas berlakunya pelanggaran lafaz taklik sebanyak lima kali sepanjang tempoh perkahwinan mereka.