Hiburan

Datuk Yusof Haslam Syukur Syamsul Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Yusof melahirkan rasa syukur atas keputusan anaknya untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengakui bahawa beliau tidak terlibat dalam urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isterinya, Ira Kazar.

Menurut bapa kepada aktor filem KL Gangster tersebut, beliau sentiasa menghormati keputusan anak sulungnya dan tidak pernah mengharapkan agar Syamsul berpisah dengan Ira.

“Tentang hal rumah tangga dia (Syamsul) saya tak campur. Sebab dia berkahwin tanpa pengetahuan kami dan perpisahan mereka pun tidak kami ketahui.

“Kami tak pernah rancang, dan saya tak pernah menyuruh anak saya untuk bercerai. Saya pun tak gembira, tapi itu pilihan dia, dan jikalau itu pilihannya, kita terpaksa reda,” katanya.

Datuk Yusof Haslam atau nama sebenarnya Md Yusof Md Haslam, meluahkan rasa syukur atas keputusan Syamsul untuk kembali kepada keluarga.

Beliau amat gembira dengan keterbukaan hati puteranya yang kini memilih untuk bersatu semula dengan keluarga.

“Alhamdulillah, Syamsul balik malam tu dan dia peluk mak dia, peluk saya, masing-masing bertentang mata.

“Saya nak kedamaian dalam kehidupan. Dan alhamdulillah dah dua hari berturut-turut dia datang untuk rasa masakan mak dia.

“Pada saya ia satu perkembangan yang baik. Saya nak hubungan saya dengan Syamsul baik, begitu juga hubungan saya dengan bekas menantu saya, Sarah,” jelasnya.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *