Hiburan

Bunga Cinta Lestari Sambut Ulang Tahun Arwah Suami dengan Kenangan Manis

BCL berkongsi gambar Ashraf meniup lilin sambil mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya.

Bukan mudah untuk melupakan seseorang, terutamanya insan yang paling dekat di hati kita.

Walaupun Bunga Citra Lestari telah membina rumah tangga baru, dia tidak pernah melupakan orang yang pernah memberikannya kebahagiaan iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.

Dalam satu hantaran di Instagram, penyanyi yang terkenal dengan lagu “Wanita Terbahagia” itu memuat naik gambar Ashraf meniup lilin sambil mengucapkan selamat hari jadi kepada suaminya yang telah tiada.

Bunga juga menyatakan bahawa ada banyak perkara yang ingin disampaikannya kepada Allahyarham.

“Selamat hari lahir di syurga. Saya rasa seperti banyak yang ingin diucapkan, banyak cerita yang ingin dikongsikan tetapi tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya.

“Kamu sangat bermakna bagi saya dan untuk semua orang yang terlalu menyayangi kamu. Semoga merayakan dengan meriah di sana. Saya rindukan kamu,” katanya.

BCL juga menzahirkan rasa syukur atas kenangan yang telah dibina bersama dengan arwah suaminya itu.

“Apa yang boleh saya katakan ialah terima kasih. Terima kasih untuk semua momen indah, semua perjuangan yang kita lalui.

“Kegembiraan dan air mata yang dikongsikan bersama. Terima kasih untuk semua kenangan yang kita ada bersama,” katanya.

Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noh Aidan Sinclair yang kini berusia 13 tahun.

Namun, Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung ketika tidur pada 18 Februari 2020.

Setelah empat tahun, BCL berkahwin buat kali kedua dengan Tiko Aryawardhana, seorang ahli perniagaan pada 3 Disember 2023.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *