Hiburan

Industri Muzik Berduka: Pengarah Muzik Veteran Datuk Ooi Meninggal Dunia

Pengarah muzik veteran Datuk Ooi Eow Jin telah meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat sakit tua di Hospital Kuala Lumpur.

Pengarah muzik veteran Datuk Ooi Eow Jin telah meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat sakit tua di Hospital Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Berita sedih ini disampaikan oleh penyanyi Datuk DJ Dave, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) yang menganggapnya sebagai satu kehilangan besar bagi industri muzik negara.

“Sebelum ini, mendiang menghidap penyakit Alzheimer dan tidak ingat apa-apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Ooi adalah antara penerima bantuan bulanan YKAT sebanyak RM500 sejak tahun lepas.

Ooi memulakan kerjaya muziknya dengan menyertai Orkestra RTM selama empat dekad dari tahun 1963 hingga 1983 sebelum berpindah ke TV3 setahun kemudian.

Beliau kemudian berkhidmat sebagai pegawai kebudayaan di sebuah universiti pada tahun 1989 dan sebagai tenaga pengajar di Universiti Putra Malaysia serta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Kerjaya terakhir Ooi adalah sebagai pemain piano solo di sebuah hotel di ibu negara sehingga Jun 2015.

Beliau banyak mencipta lagu untuk penyanyi tempatan dan antarabangsa termasuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Allahyarham Datuk Rafeah Buang, Datuk M Nasir, Rahimah Rahim, Flora Santos, Alleycats, Jennifer Yen dan Francis Yip.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *