Viral

Nora Danish Ajak Peminat Menghafal Surah al-Mulk Bersama

Perkongsian Nora mendapat reaksi yang positif.

Ajakkan aktres Nora Danish untuk bersama-sama menghafal surah al-Mulk menerima pujian daripada peminatnya.

Nora Mohd Danish Hanif, 42, mengakui bahawa dia masih dalam proses pembelajaran dan berkata bahawa setakat ini, dia hanya menghafal ayat satu hingga lima.

“Saya sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk.

“Saya harap dengan perkongsian video ini, membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya.

“Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama? Jom dengar saya membaca, tolong semakkan,” katanya menerusi sebuah hantaran video yang dimuat semula peminatnya di TikTok.

Kebanyakan orang memuji usaha Nora dalam menghafal surah tersebut dan tidak kurang juga yang berkongsi tips bagi memudahkan ingatan terhadap surah al-Mulk.

Dalam hantaran di akaun Instagramnya, Nora berharap bahawa perkongsian yang dibuat itu akan memberi manfaat kepada orang lain yang melihatnya.

“Semua ini aturan ALLAH, dengan kehendakNYA, dan diberi semangat oleh hambanya.

“Tidak besar mana pun nak beza dengan yang lain. Baru hendak bermula, harapan agar menjadi manfaat kepada yang melihat,” ujarnya.

Related posts
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *