Hiburan

Idzham Ismail Sahkan Penceraian, Tamatkan Perkahwinan Lapan Tahun

Perkahwinan lapan tahun antara Idzham dan Nur Abilah kini tinggal kenangan.

Oktober telah berlalu, namun kes penceraian artis nampaknya masih terus berlaku. Terbaharu, pelakon tinggi lampai, Idzham Ismail mengesahkan bahawa perkahwinannya dengan bekas isteri Nur Abilah Shamsudin telah berakhir selepas Mahkamah Rendah Syariah Klang mengesahkan penceraian mereka.

Idzham atau nama sebenarnya Muhammed Idzham Ismail, 36 tahun menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk rujuk kembali. “Ya, kami telah sah bercerai tadi di Mahkamah Rendah Syariah Klang. Siapa yang salah atau betul, hanya akan saya jelaskan di mahkamah. Biarlah butiran penceraian ini saya simpan sendiri,” ujarnya.

Tambah pelakon yang mula dikenali menerusi drama Juvana itu, Nur Abilah adalah cinta pertamanya. Namun, sebagai suami, beliau mengakui banyak membuat kesilapan sehingga tidak mampu memimpin perkahwinan mereka mengikut jalan ALLAH.

“Saya mengaku banyak kekhilafan sebagai suami kerana tidak dapat membimbing perkahwinan ini mengikut jalan ALLAH. Maka, berakhirlah kisah kami yang telah berlangsung selama lapan tahun. Dengan nama ALLAH, saya menutup kisah cinta kami secara sah,” luahnya.

Sebelum ini, pelakon Andai Itu Takdirnya itu pernah memuat naik status yang memberi gambaran adanya konflik dalam rumah tangganya.

Sejak itu, ramai yang meneka perkahwinannya dengan kru kabin Nur Abilah sedang bergolak. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7 tahun dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *