Global

Empat anggota pasukan pengaman UNIFIL dari Malaysia cedera akibat serangan Israel di Lebanon

Empat anggota tentera pengaman Malaysia dari Batalion MALBATT 850-12 dilaporkan cedera dalam serangan tentera Israel di Sidon, selatan Lubnan.

Menurut Menteri Pertahanan, insiden tersebut berlaku sebaik sahaja ketibaan MALBATT 850-12 untuk menyambung misi pengaman. Serangan melibatkan letupan bom yang mengenai kenderaan di kawasan tersebut, menyebabkan serpihan mengenai bas yang membawa anggota MALBATT.

Kejadian ini turut mengakibatkan tiga rakyat Lubnan terkorban, sementara tiga anggota tentera Lubnan dan empat anggota MALBATT mengalami kecederaan. Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) mengesahkan lima anggota pengaman cedera ringan dan telah menerima rawatan di lokasi daripada pasukan perubatan Lubnan. Mereka kini akan meneruskan tugas seperti biasa.

Kontinjen MALBATT 850-12, yang terdiri daripada 220 anggota, baru sahaja tiba di Lubnan bagi menggantikan kontinjen MALBATT 850-11 yang telah berkhidmat selama 12 bulan. Penghantaran kontinjen ini dilakukan melalui penerbangan Batik Air.

    Related posts
    SukanGlobal

    KIM KARDASHIAN CURI PERHATIAN DI F1 SINGAPURA, HADIR SOKONG LEWIS HAMILTON

    – Reuters – Selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian, menjadi perhatian…
    Read more
    ViralGlobal

    JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

    Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
    Read more
    Global

    Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

    Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *