Gosip

Cik Epal Desak LHDN Siasat Perniagaan Pizza Bekas Suami, Jofliam

Cik Epal menggesa LHDN menyiasat bisnes piza diusahakan bekas suaminya.

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Cik Epal telah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat perniagaan piza yang diusahakan oleh bekas suaminya, Jofliam. Cik Epal mendakwa perniagaan tersebut dijalankan sepenuhnya dengan transaksi tunai yang menimbulkan persoalan mengenai ketelusan pendapatan dan pembayaran cukai.

Melalui Instagram Story, Cik Epal menjelaskan bahawa dirinya tidak mempunyai masalah dengan cukai perniagaannya kerana semuanya telah dilaksanakan dengan betul. Namun, beliau meragui bagaimana perniagaan Jofliam yang beroperasi secara tunai mampu memastikan cukai pendapatannya juga bersih.

Cik Epal turut menyatakan bahawa bekas suaminya memperoleh kira-kira RM600,000 sebulan daripada penjualan piza dengan sehari menghasilkan sekitar 500 keping piza yang menjana jualan sekitar RM75,000 sehari. Selain itu, Cik Epal juga mengingatkan pihak LHDN untuk memantau transaksi tunai tersebut dan mengakui tidak takut untuk disaman kerana beliau berpegang kepada prinsip menegakkan kebenaran.

Beliau turut mendedahkan bahawa dia pernah menasihati Jofliam untuk membayar cukai dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi Jofliam menolak nasihat tersebut dan meminta beliau tidak masuk campur urusan perniagaannya. Cik Epal menjelaskan tindakannya untuk mendedahkan perkara ini adalah kerana rasa marah akibat sikap biadab bekas suaminya terhadap keluarganya, dan beliau enggan lagi campur tangan dalam hal tersebut selepas perceraian mereka.

Sebelum ini, pada 9 Oktober lalu, Cik Epal dan Jofliam telah bercerai selepas 10 tahun berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Related posts
Gosip

BELLA ASTILLAH DIKECAM SELEPAS PEMINAT SAMAKANNYA DENGAN TUN SITI HASMAH

Bella Astillah menjadi perhatian selepas perbandingan dirinya dengan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah…
Read more
Gosip

T-SHIRT PROMOSI ‘PEMUJA SYAITAN’ CETUS PERDEBATAN, LIYANA JASMAY JADI PERHATIAN

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay menjadi perhatian selepas memuat naik kandungan promosi bagi…
Read more
Gosip

YASIN SULAIMAN TARIK BALIK KENYATAAN, MOHON MAAF KEPADA JABATAN PENJARA

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman menarik balik beberapa kenyataan terdahulu mengenai…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *