Tempatan

Kuasa pengampunan Agong tiada had

Mohamed Haniff berkata, selepas Malaysia mencapai kemerdekaan perkara berkenaan ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan, namun, tidak dihadkan. – Foto Facebook/Haniff Khatri

SHAH ALAM: Kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong tidak terhad dan tidak terikat kepada mana-mana undang-undang, termasuk Akta Tahanan di Rumah yang sedang digubal kerajaan.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menjelaskan bahawa kuasa mutlak ini sudah wujud dalam tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu sejak sebelum kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Selepas merdeka, kuasa ini dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang had.

“Jika Yang di-Pertuan Agong ke-16 memutuskan hukuman banduan dilaksanakan dari istana, keputusan itu sah kerana kuasa baginda tidak boleh dihalang oleh mana-mana undang-undang,” kata Mohamed Haniff.

Beliau mengulas sama ada Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024, dihantar ke Pejabat Peguam Negara, sah tanpa melalui Lembaga Pengampunan. Kenyataan itu dibuat semasa Wacana Sinar edisi ke-471 bertajuk “Titah Adendum: Krisis Perlembagaan atau Politik,” disiarkan langsung dari Auditorium Kompleks Karangkraf pada Selasa.

Program itu, dihoskan Ismail Adnan, turut menampilkan panelis lain, termasuk Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Hasnal Rezua Merican.

Mohamed Haniff turut membangkitkan isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa menunjukkan layanan dua darjat.

“Kenamaan mendapat pengampunan mudah, manakala orang biasa mungkin tidak berpeluang. Namun, itu adalah kuasa Agong. Jika rakyat tidak puas hati, mereka perlu desak wakil rakyat membentangkan pindaan terhadap Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan kuasa pengampunan Agong,” katanya.

Beliau juga menegur rakyat yang enggan mendesak wakil rakyat, sedangkan pindaan Perlembagaan pada 1993 berjaya mengurangkan kekebalan Raja-Raja Melayu.

Menurutnya, wakil rakyat yang enggan bertindak dianggap pengecut dan gagal memperjuangkan hak rakyat. Walau bagaimanapun, Mohamed Haniff menyatakan sistem pengampunan Malaysia lebih baik berbanding negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

“Pada Disember lalu, Presiden AS Joe Biden memberikan pengampunan penuh kepada anaknya Hunter atas kes jenayah pengelakan cukai dan pembelian senjata. Tindakan itu sah di bawah Perlembagaan AS tanpa isu konflik kepentingan, tetapi di Malaysia, perkara sebegini sering dipersoalkan,” tambahnya.

Related posts
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *