
MANILA: Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang tahun 2024 dengan 903 daripadanya dipecat daripada perkhidmatan, menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil pada Ahad.
Daripada jumlah tersebut, Marbil menyatakan bahawa 1,112 anggota dikenakan hukuman penggantungan termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.
Selain itu, 903 anggota yang dipecat termasuk lima leftenan kolonel, enam mejar, 12 kapten dan lima leftenan. Hukuman lain yang dikenakan termasuk penurunan pangkat, pemotongan gaji, teguran, sekatan dan pengurangan hak istimewa.
Baru-baru ini, Marbil memindahkan 20 anggota polis yang masih bertugas ke “restrictive custody” selepas mereka didakwa terlibat dalam kes rampasan dadah berprofil tinggi di ibu kota Filipina pada penghujung 2022.