Global

Bapa Tembak Mati Anak Perempuan Di Quetta, Tidak Setuju Dengan Kandungan TikToknya

Suspek pada mulanya mendakwa anaknya ditembak oleh penembak tidak dikenali sebelum mengaku melakukan jenayah tersebut.

ISLAMABAD: Seorang remaja perempuan ditembak mati oleh bapanya sendiri di Pakistan kerana tidak bersetuju dengan kandungan TikTok yang dihasilkan oleh mangsa dalam kejadian di Quetta, Pakistan pada Selasa.

Suspek, Anwar ul-Haq, pada mulanya mendakwa bahawa anak perempuannya yang berusia 15 tahun telah ditembak oleh penembak tidak dikenali, namun akhirnya mengaku bahawa dia adalah pelaku jenayah tersebut.

Polis telah mendakwa Anwar ul-Haq atas tuduhan membunuh, dan selain suspek, abang iparnya turut ditangkap, lapor Reuters.

Menurut pegawai polis Babar Baloch, siasatan awal mendapati bahawa keluarga mangsa tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup dan pergaulan sosial anak perempuan yang dilahirkan di Amerika Syarikat itu.

Difahamkan, pihak Kedutaan AS masih belum dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *