TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan penyampai radio, Shahrol Shiro, sebagai tenaga pengajar sambilan di universiti berkenaan.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi akan terlibat dalam Kursus Citra Universiti bagi Kelas Seni Lakon yang memberi tumpuan khusus kepada bidang komediri atau ‘stand-up comedy’ untuk sesi akademik 2026/2027.

Menurut UKM, peranan Shahrol hanya melibatkan latihan amali dan praktikal bersama pelajar serta tidak merangkumi pengajaran di dalam kuliah. Penjelasan itu diberikan selepas pelantikannya menerima pelbagai reaksi, termasuk persoalan mengenai kelayakan akademiknya untuk mengajar di institusi pengajian tinggi.

Pihak universiti menjelaskan bahawa pelantikan tersebut dibuat berdasarkan pengalaman luas Shahrol sebagai pengamal industri seni. Sepanjang kerjayanya, beliau terlibat dalam bidang lakonan, persembahan, komedi, pengacaraan dan produksi.

Kursus Seni Lakon berkenaan berada di bawah Citra Kebudayaan dan ditawarkan bagi memberikan pendedahan serta pengalaman kepada pelajar dalam bidang seni persembahan, khususnya aspek asas lakonan dan persembahan. Pelantikan Shahrol membolehkan pelajar mempelajari kemahiran praktikal secara langsung daripada penggiat industri yang berpengalaman.

Related posts
Umum

PU RIZ MAHU NEELOFA TERUSKAN HIDUP DAN BERKAHWIN SEMULA JIKA DIRINYA PERGI DAHULU

Pendakwah Muhammad Haris Mohd Ismail, atau lebih dikenali sebagai PU Riz, menarik perhatian apabila…
Read more
ViralUmum

RITA RUDAINI KONGSI PENGALAMAN ANAK BERDEPAN ISU BULI DI ASRAMA

Pelakon Rita Rudaini berkongsi pengalamannya berhubung isu buli selepas mendakwa anaknya pernah…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *