GlobalViral

Kapal Selam Bawa Pelancong Dilaporkan Hilang

Sebuah kapal selam yang digunakan untuk membawa pelancong menyaksikan bangkai Titanic dilaporkan hilang di Laut Atlantik Utara sejak Ahad lalu.

Operasi mencari dan menyelamat daripada pasukan penyelamat Amerika Syarikat (AS) dan Kanada sedang berlangsung mencari kapal selam terbabit yang difahamkan membawa lima pelancong termasuk seorang jutawan British, Hamish Harding.

Memetik sumber, kapal selam sepanjang 6.5 meter dikendalikan syarikat OceanGate Expeditions itu memulakan selaman dan terputus hubungan dengan permukaan kira-kira satu jam 24 minit.

Kali terakhir ia dijejak ketika ia berada berhampiran Titanic dan dipercayai mungkin terperangkap di antara puing kapal.

Syarikat pelancongan terbabit berkata, semua pilihan sedang dikaji untuk menyelamatkan lima orang yang berada di dalamnya.

Pihak berkuasa memaklumkan terdapat dua pesawat, sebuah kapal selam dan pelampung sonar terlibat dalam pencarian kapal tersebut, tetapi memaklumkan bahawa kawasan pencarian itu adalah ‘terpencil’ dan menjadikan operasi ini sukar.

Difahamkan, OceanGate mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John’s, Newfoundland.

Kapal selam tersebut yang dinamakan Titan, mempunyai bekalan oksigen sehingga 96 jam memberikan harapan krew jika masih hidup bertahan sehingga hari Khamis untuk diselamatkan.

Related posts
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
ViralUmum

RITA RUDAINI KONGSI PENGALAMAN ANAK BERDEPAN ISU BULI DI ASRAMA

Pelakon Rita Rudaini berkongsi pengalamannya berhubung isu buli selepas mendakwa anaknya pernah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *