Konspirasi

Wanita Seram Dapat Duit Kertas Tertulis ‘Mantera’ Ketika COD.

Tidak dinafikan, dalam dunia serba moden hari ini masih ada segelintir individu yang menggunakan pelaris dalam apa segala bentuk dengan tujuan untuk menarik rezeki.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok memuat naik hantaran video yang memaparkan sekeping wang kertas bernilai RM10 yang dipenuhi tulisan tangan seperti ayat mantera.

Terdapat beberapa perkataan seperti meminta kekayaan, kebahagian, kesihatan dan kejayaan untuk nama individu yang tertulis pada wang kertas terbabit. Malah ada juga ayat seperti mengarah sesuatu.

Ss

Menurut Zulaika, dia mendapat wang kertas itu daripada seorang pelanggan yang membayar tunai semasa penghantaran (COD).

“Duit diletakkan dalam sampul. Kita buka sampul kira dari atas macam tu saja. Hujung-hujung selepas selesai kerja, baru keluarkan, barulah nampak,” tulisnya.

Ramai dakwa itu ibu duit

Perkongsian itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya mendakwa wang kertas itu merupakan ibu duit yang didakwa sebagai penarik rezeki yang dilakukan segelintir peniaga.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berasa seram jika terbaca tulisan pada wang kertas itu kerana takut terkena sihir.

Screenshot 2023 06 22 174837

Sebagai umat Islam, kita sedia maklum bahawa meletakkan benda-benda fizikal sebagai pelaris untuk melariskan perniagaan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Penggunaan tangkal untuk apa-apa tujuan sama ada rawatan, mengelak diri daripada kemudaratan ataupun sebagai pelaris adalah diharamkan kerana ia mengandungi elemen syirik.

Korang pernah alami situasi macam ni tak?

Related posts
KonspirasiUmum

Prosiding bela diri Syed Saddiq selesai

Pada 28 Oktober tahun lepas, Syed Saddiq (gambar) diperintah membela diri atas empat pertuduhan…
Read more
Konspirasi

Maqis rampas 3,546 karton aiskrim dari China

PELABUHAN KLANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *