Teknologi

Threads Sudah Ada Lebih 2 Juta Pengguna Dalam Masa 2 Jam Dilancarkan

Beberapa jam yang lalu, Meta baru sahaja melancarkan Threads dan ia sudah mempunyai lebih daripada 2 juta pengguna setakat ini.

Aplikasi ini yang menjadi pesaing kepada Twitter telah dilancarkan serentak di 30 negara utama dunia dan hanya memerlukan akaun Instagram.

threads

Malah, berita mengenai jumlah pengguna Threads ini dikongsi oleh Zuckerberg sebentar tadi menerusi akaun Threads miliknya. Sudah pasti pada waktu ini angka pengguna sebenar meningkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, kelebihan yang terdapat pada Threads ialah akaun seperti jenama dan selebriti tidak perlu menjalani proses pengesahan identiti sekali lagi kerana sudah diimport melalui Instagram.

threads

Tambahan, bagi jenama mereka tidak perlu membayar untuk akaun mereka disahkan seperti di aplikasi Twitter.

Namun, ia masih awal untuk mengatakan Threads ialah alternatif yang terbaik untuk Twitter pada waktu ini.

Tetapi melihat pada sambutan yang menggalakkan Threads juga berkemungkinan bakal menjatuhkan Twitter seperti mana Facebook menjatuhkan MySpace hampir dua dekad yang lalu.

Related posts
Teknologi

Lima kelebihan DeepSeek berbanding ChatGPT

ChatGPT menjadi popular kerana fleksibiliti dan kemahiran komunikasi yang mantap. Namun, AI terus…
Read more
Teknologi

Tesla jual figura mini robot Optimus

Dari segi saiz ia adalah pada skala 1:10 saiz Optimus sebenar. Ia hadir dengan aksesori dermaga…
Read more
Teknologi

Rakyat Malaysia Teruja dengan AI, Namun Risau Mengenai Kesan Teknologi

Walaupun rakyat Malaysia teruja dengan potensi AI, mereka juga bimbang tentang keselamatan pekerjaan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *