Resipi

Resipi Mudah Butter Cake Sedap Tak Perlu Guna Oven. Memang Gebu & ‘Moist’!

Minum petang kalau makan butter cake bersama air teh panas mesti sedap kan? Memang layan habis, jadi hari ini admin nak kongsi cara mudah dekat korang untuk buat butter cake dengan hanya menggunakan air fryer. Fuh memang sedap!

Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Airin Rushdi menerusi kumpulan Resipi Air Fryer Malaysia di laman Facebook.

Butter cake guna air fyer

Foto: Airin Rushdi

Bahan-bahan

1. 115g butter (pakai salted)
2. 2 biji telur
3. 100g gula kaster
4. 100g tepung naik sendiri(diayak)
5. 30ml susu (saya pakai dutch lady full cream)
6. 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

1. Panaskan air fryer 160’.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna kuning pucat atau putih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian masuk esen vanilla dan susu. Pukul lagi sampai sebati.
4. Masukkan tepung dan kaup semula adunan guna senduk.
5. Kemudian masukkan dalam loyang 6’ yang dah dilapik dengan baking paper.
6. Bakar pada suhu 160c selama 25-30 minit. Siap.

Selamat mencuba!

Related posts
Resipi

Resepi Viral Puri Sambal Sardin: Mudah dan Sedap!

Puri Sambal Sardin yang menarik, siap untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi ini menjadi viral…
Read more
Resipi

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api: Alternatif Sedap dan Jimat!

Hidangan telur dadar masak lemak cili api yang pedas dan beraroma dimasak dengan santan dan…
Read more
Resipi

Kubis Gulung Kukus: Alternatif Diet Lazat dan Sihat

Sajian diet tinggi protein, disertakan dengan sos tiram dan kicap cair yang memikat. Ramai yang…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *