Trivia

Fakta: Bukan Semua Cawan Kertas Boleh Dikitar Semula – SWC

Sering kali orang berkata bahawa kita haruslah mengurankan penggunakan plastik, seperti cawan plastik, straw plastik, beg plastik dan sebagainya.

Alternatif untuk barangan itu adalah cawan kertas, straw logam, dan juga beg kitar semula. Ini kerana barangan ini boleh dikitar semula atau digunakan semula.

Tetapi, anda tahu tak bahawa cawan kopi kertas yang anda sering gunakan itu tidak boleh dikitar semula di Malaysia? Pelik, bukan? Kenapa pula ia tidak boleh dikitar semula sedangkan ia diperbuat daripada kertas?

Ini kerana, cawan kertas itu direka khas untuk digunakan sekali sahaja dan ia perlu dibuang selepas digunakan.

Menurut kajian, terdapat sekitar trilion cawan kertas yang boleh dipakai buang, digunakan pada setiap tahun.

Ataupun setiap orang di dunia menggunakan tujuh cawan kertas ini. Kebanyakan daripada cawan kopi kertas ini pula diperbuat daripada sumber baru.

Ia untuk menjamin kebersihan dan ia tidak diperbuat daripada kertas yang boleh dikitar semula.

Cawan kertas ini bukannya seperti sisa-sisa kertas lain yang boleh dikitar semula. Ini kerana, cawan kertas kebiasaanya disaluti dengan plastik.

Itulah sebabnya ia boleh menampung air kopi yang panas tanpa bocor. Kerana itu jugalah ia tidak dapat dihancurkan untuk proses kitar semula kepada kertas kitar semula.

Ada juga sesetengah cawan kopi kertas ini yang terdapat logam di dalamnya. Logam ini tidak dapat diasingkan daripada cawan kertas itu di kebanyakan fasiliti kitar semula di Malaysia.

Walaupun tidak semua cawan kertas itu disalut dengan plastik, namun kebanyakannya tetap ada. Kadang kala, ada juga yang menyaluti cawan itu dengan lilin yang menyukarkan orang ramai untuk membezakannya.

Ini bermakna, lebih baik anda bawa sendiri bekas minuman anda daripada anda gunakan cawan kopi kertas itu. Senang digunakan sekiranya anda mahu membungkus air.

Konsep 3R

Masihkah anda ingat kepada konsep 3R? Iaitu konsep Reduce, Reuse dan Recycle. Untuk cawan kopi ini, sudah dinyatakan bahawa ia tidak boleh dikitar semula di Malaysia.

Jadi, anda bolehlah gunakan dua konsep yang lain itu. Anda boleh menggunakan semula cawan kopi itu sebagai tempat menyimpan alatan menulis. Anda juga boleh menggunakannya untuk dijadikan kraftangan.

Paling mudah, anda kurangkan penggunaan cawan kopi kertas itu. Seperti dinyatakan, anda boleh membawa bekas air sendiri yang boleh digunakan semula untuk membungkus air anda.

Dengan cara ini, anda mungkin dapat membantu untuk mengurangkan bilangan cawan kopi kertas di fasiliti kitar semula di Malaysia.

Sumber: SWCorp via Facebook

Related posts
Trivia

Si Comel Kegemaran Ramai, Ini Fakta Menarik Memerang

Gambar via Wikipedia Kebanyakan warganet memang menyukai haiwan-haiwan yang comel seperti kucing…
Read more
TriviaViral

Penghijrahan Cacing Di Permukaan Tanah Normal, Tindak Balas Terhadap Alam Sekitar - Pakar

Kredit: AFP Kemunculan cacing di permukaan tanah yang dikesan di Kampung Merang dekat sini…
Read more
TriviaViral

Selalu Tumbuh Di Kawasan Semak, Inilah Khasiat Belimbing Tanah

Gambar via Abang Salai Kebanyakan orang ramai yang mengenali buah belimbing. Ia antara buah yang…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *