AgamaViral

‘5 Seconds Rule’ – Alif Satar Kongsi Tips Bangun Awal Pagi

Pernah tak anda rasa liat sangat nak bangun pagi? Alarm berbunyi, anda bangun untuk matikan alarm dan anda tidur balik. Sudahnya, anda bangun lewat sehingga anda mungkin terlepas waktu Subuh, tidak sempat untuk bersarapan dan tergesa-gesa untuk bersiap pergi kerja atau kelas.

Kebanyakan orang yang tidak biasa bangun pagi mungkin akan rasa seperti ia satu perkara yang susah dilakukan. Apa kata, anda ikuti tips yang dikongsi oleh Alif Satar ni? Mana tahu, ia dapat membantu anda untuk bangun awal pagi.

Kata Alif, ramai yang bertanya kepadanya cara untuk bangun pagi. Dia telah menjawab persoalan itu di dalam video yang dikongsikan di platform Instagram. Dalam video itu, dia telah memberikan beberapa tips yang boleh diikuti oleh orang ramai.

“Nombor satu, mungkin korang boleh follow lah. Tidur awal tu nombor satu. Jangan lupa set alarm clock tu hal nombor dua,” pesan Alif.

Tetapi menurutnya, yang paling penting adalah perkara yang dilakukan apabila anda mahu bangun dari tidur sejurus saja alarm anda berbunyi.

Five Seconds Rule

“Alif practice dia macam ni. I call it the five seconds rule. Bila Alif punya jam berbunyi ataupun alarm dekat phone, dalam otak ni fikir, ‘Alif I give you five seconds and then you gonna get up‘,” katanya lagi.

Kemudian Alif berkata dia membuat countdown dari kiraan lima hingga satu dan barulah dia akan terus bangun. Katanya ia seperti automatik.

So Alif buat countdown, five, four, three, two, tum! Bangun. Dia macam automatik sikit,” kata Alif.

Kaedahnya itu membenarkannya untuk mempunyai beberapa saat untuk melelapkan mata sebelum terus bangun daripada tidur.

“Korang boleh try. Semoga istiqamah. Hashtag Geng Subuh Macam Jumaat. Bila pergi, jangan lupa ajak member,” katanya kepada peminat-peminatnya.

Kebanyakan orang di ruangan komen videonya itu memberikan komen yang positif. Ada juga yang memberi tips-tips mereka tersendiri untuk membantu mereka bangun awal. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda semua.

Sumber: alifsatar via Instagram

Related posts
Agama

Erdogan Tegaskan Kepentingan Kerjasama dengan Trump Selepas Kemenangannya

Erdogan menyambut baik kenyataan Trump untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine, dan menyatakan Turkiye…
Read more
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
AgamaTempatan

Mekah adalah tempat beribadah, bukan destinasi bulan madu

Trend bulan madu di Mekah dengan menunaikan umrah dilihat kurang bersesuaian kerana Baitullah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *