Tempatan

KDN gubal RUU agensi penyelaras kawal-selia pintu masuk negara

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggubal satu rang undang-undang (RUU) baharu untuk mewujudkan sebuah agensi penyelaras dalam mengawal-selia pintu masuk negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata badan penyelaras membabitkan beberapa agensi yang menjaga pintu masuk negara itu bakal mempunyai punca kuasa dari segi undang-undang untuk membolehkan mereka beroperasi dengan kuasa yang secukupnya.

“Aspek keselamatan di pintu masuk negara terus menjadi tumpuan bukan hanya dari segi keselamatan daripada insiden seperti itu (kejadian tembakan di KLIA) tetapi juga masalah berkaitan penyeludupan.

“Jadi, kita jangka dalam masa yang tidak terlalu lama, KDN akan membawa satu RUU baharu supaya ada satu agensi penyelaras di antara beberapa agensi yang terbabit untuk mengawal selia pintu masuk negara. Ini ada dibincangkan (pada mesyuarat Kabinet) hari ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Jemaah Menteri membincangkan untuk menambah baik aspek keselamatan di KLIA susulan insiden tembakan di lapangan terbang berkenaan Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berjaya memastikan harga dan bekalan barang keperluan terkawal sepanjang perayaan Aidilfitri.

“KPDN berjaya dari segi penguatkuasaan memastikan barang terkawal dan tidak ada masalah sama ada dari aspek bekalan ayam, telur dan sebagainya.

“Maklum balas daripada rakyat setakat ini adalah positif. Jadi, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada pasukan penguatkuasaan di KPDN kerana berjaya pastikan harga barang terkawal, terutama sepanjang musim perayaan Aidilfitri,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Related posts
Tempatan

Harga Lantai Padi Baharu Dijangka Ringankan Beban Pesawah

Pesawah di negeri Kedah berharap pengumuman harga lantai belian padi baharu minggu depan akan…
Read more
Tempatan

Laluan Ke Taman Negara Niah Terputus Akibat Banjir

Tinjauan menunjukkan air naik antara 50cm hingga dua meter di pintu masuk Gua Niah menyebabkan…
Read more
Tempatan

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi Selama Dua Hari

Pesawat yang membawa Presiden Shavkat Mirziyoyev dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *