Tempatan

Mindef, KDN jalin kerjasama kongsi maklumat susulan penahanan lelaki Israel

Kementerian Pertahanan (Mindef) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kerjasama itu antara lain melibatkan perkongsian maklumat.

“Walaupun kes itu di bawah tanggungjawab KDN, kita MINDEF sentiasa terbuka untuk bekerjasama dalam semua aspek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan warga Israel itu selepas Majlis Temu Rapat MADANI Nelayan Veteran Angkatan Tentera Kelantan di sini malam ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memasuki Malaysia pada 12 Mac lepas menggunakan pasport Perancis dari Emiriah Arab Bersatu.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari hingga 31 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport 1966 serta Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Sinar Harian

Related posts
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *