Umum

Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu – JIM

GEORGE TOWN – Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, menegaskan bahawa dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek untuk mengesahkan permohonan. Namun, semakan ini harus dilakukan secara profesional dan berhemah.

“JIM komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Isnin lalu, beberapa portal melaporkan kekecewaan seorang lelaki yang tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana ibunya tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang. Lelaki tersebut meluahkan rasa kesal dan kecewa di media sosial apabila berurusan dengan kakitangan UTC di Komtar untuk memperbaharui pasport ibu bapanya.

Difahamkan, proses kemas kini pasport bapanya berjalan dengan lancar, tetapi tidak bagi ibunya yang menghadapi masalah tidak fasih berbahasa Melayu. Walaupun lelaki tersebut sudah menjelaskan bahawa ibunya hanya mampu berbahasa Melayu secara terhad kerana tidak bersekolah, kakitangan UTC Komtar tetap tidak menerima alasan tersebut.

Lelaki itu juga menyatakan bahawa orang awam lain yang turut berada di tempat kejadian tidak bersetuju dengan tindakan kakitangan tersebut.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata lelaki terbabit telah berjaya memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada 22 April lalu.

Sumber: Sinar Harian

Related posts
Umum

SHAHIDA BIMBANG ADAB SESETENGAH REMAJA, PERSOAL CABARAN GURU DAN IBU BAPA

Datin Seri Nur Shahida meluahkan kebimbangan terhadap sikap sesetengah remaja yang disifatkannya…
Read more
Umum

JANNA NICK TAMAT PENGAJIAN DI UK DENGAN CEMERLANG, RAHSIAKAN SELAMA SETAHUN KERANA BIMBANG PENYAKIT AIN

Pelakon Janna Nick berjaya menamatkan pengajian Master of Arts in Filmmaking di United Kingdom…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *