Hiburan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim Hulurkan Bantuan kepada Wartawan Hiburan Terkenal Huzz

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi menziarahi Huzz di Hospital Kuala Lumpur pada hari Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan sumbangan kepada wartawan hiburan terkenal, Huzz atau nama sebenar Kamal Huzaini yang kini terlantar di hospital.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar menyatakan bahawa sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, yang menziarahi Huzz pada hari Selasa.

“Hari ini (Selasa) setiausaha politik saya, Ahmad Farhan Fauzi menziarahi wartawan hiburan, saudara Huzz yang popular ketika era 80-an dan 90-an dahulu menerusi penulisan berkaitan dunia artis tanah air.

“Namun empunya badan atau nama sebenarnya, Kamal Huzaini kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat menderita kanser usus tahap empat,” katanya.

Selain menziarah, Anwar menyatakan bahawa Ahmad Farhan juga memberikan sedikit bantuan daripada pihaknya untuk meringankan beban yang ditanggung.

“Saya amat berharap pemberian ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada saudara Huzz, Insya-ALLAH,” ujar beliau.

Related posts
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more
Hiburan

DR FIE EX KEPADA PENYANYI NUBHAN SAH BERTUNANG, PILIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI HINGGA AKAD NIKAH

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau Dr Fie, mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KONGSI BAHAGIA, KENDURI RAKYAT DI MUAR DAN KOTA KINABALU

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berkongsi kebahagiaan perkahwinan mereka…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *