Umum

Unjuran had kemasukan pekerja asing tidak lebih 15% akan dicapai hujung tahun ini- KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menetapkan had jumlah kemasukan pekerja asing ke negara ini tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara. Penetapan sasaran kuota tersebut dijangka dapat dicapai sebelum 31 Disember tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution, menyatakan bahawa unjuran had tersebut selaras dengan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi. Unjuran ini mengambil kira jumlah pekerja asing sedia ada, jumlah pekerja asing yang telah mendapat kelulusan kuota, dan jumlah yang telah mendaftar melalui program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

“Mesyuarat hari ini telah mengunjurkan jumlah pekerja asing yang sedia ada, jumlah pekerja asing yang sudah majikan mendapat kelulusan kuota, jumlah yang mendaftar melalui rekalibrasi dan sebagainya. Maka unjuran kita mendapati bahawa siling yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi akan dicapai 31 Disember tahun ini sudah dicapai,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Putrajaya.

Mesyuarat tersebut juga memperakui pembekuan kemasukan pekerja asing di negara ini dan bersetuju untuk meneruskan polisi pembekuan tersebut. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, menyokong keputusan ini dan menegaskan bahawa keputusan untuk membekukan kelulusan kuota kemasukan pekerja asing baru adalah selaras dengan sasaran yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menurut Sim, jumlah pekerja asing yang bekerja dalam negara adalah seramai 2,171,798 orang berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia setakat 15 Mac.

Sumber: Berita RTM

Related posts
Umum

SHAHIDA BIMBANG ADAB SESETENGAH REMAJA, PERSOAL CABARAN GURU DAN IBU BAPA

Datin Seri Nur Shahida meluahkan kebimbangan terhadap sikap sesetengah remaja yang disifatkannya…
Read more
Umum

JANNA NICK TAMAT PENGAJIAN DI UK DENGAN CEMERLANG, RAHSIAKAN SELAMA SETAHUN KERANA BIMBANG PENYAKIT AIN

Pelakon Janna Nick berjaya menamatkan pengajian Master of Arts in Filmmaking di United Kingdom…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *