Global

Hampir 10 Juta Generasi Z Indonesia Tidak Produktif, Menurut Laporan BPS

Hampir 10 juta generasi muda Indonesia yang berusia antara 15 hingga 24 tahun tidak memanfaatkan hidup mereka secara produktif.

Menurut laporan dari Badan Pusat Statistik (BPS), hampir 10 juta atau sekitar 9,9 juta generasi muda Indonesia yang berusia antara 15 hingga 24 tahun tidak menghabiskan waktu mereka dengan produktif.

“Ia dalam erti kata mereka tidak bekerja, tidak bersekolah dan tidak mengikuti sebarang bentuk latihan. Kebanyakan mereka adalah daripada kelompok generasi Z,” demikian menurut kenyataan BPS.

Berdasarkan perincian data BPS, jumlah generasi muda dari kalangan generasi Z yang tidak bersekolah, bekerja atau menjalani latihan mencapai 9,896,019 orang.

Dalam pembahagian mengikut jantina, perempuan membentuk sejumlah 5.73 juta orang (26.54 peratus), sementara jumlah lelaki mencapai 4.17 juta orang atau 18.21 peratus. Jumlah ini setara dengan 22.25 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk muda Indonesia.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini, termasuk ketiadaan minat dalam pendidikan formal, kekurangan kemahiran diri, akses terhad kepada pengangkutan dan pendidikan, kekangan ekonomi, isu-isu keluarga dan faktor-faktor lainnya.

Generasi Z merujuk kepada kelompok yang lahir di antara tahun 1997 hingga 2012 yang kini berusia antara 12 hingga 27 tahun.

Related posts
SukanGlobal

KIM KARDASHIAN CURI PERHATIAN DI F1 SINGAPURA, HADIR SOKONG LEWIS HAMILTON

– Reuters – Selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian, menjadi perhatian…
Read more
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *