Global

Francesca Albanese Gesa Sekatan Terhadap Israel: Menyeru Komuniti Global Bersatu

Asap kelihatan setelah serangan udara Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Gambar: EPA

Francesca Albanese seorang Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa komuniti global untuk mengenakan sekatan terhadap Israel dan menangguhkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut sehingga mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai situasi hak asasi manusia di Wilayah Palestin.

“Israel meningkatkan serangannya ke atas Bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengarahkannya untuk menghentikan operasinya (ketenteraan) di bandar tersebut,” katanya di akaun X miliknya, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Beliau berkata: “Berita yang saya terima daripada orang yang terkepung di Bandar Rafah amat mengerikan. Israel tidak akan menghentikan kegilaan ini sehingga kita menghentikannya.”

Albanese menekankan perlunya melaksanakan sekatan terhadap Israel hingga negara itu mematuhi keputusan ICJ untuk menghentikan serangan tenteranya di Bandar Rafah. Dia menyatakan bahawa negara-negara anggota harus menghentikan penyaluran senjata kepada Israel dan menangguhkan hubungan politik serta diplomatik dengan negara tersebut hingga serangan dihentikan.

ICJ telah memerintahkan Israel pada Jumaat untuk menghentikan operasi tenteranya di Rafah, membuka sempadan Rafah untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menyerahkan laporan dalam masa sebulan.

Related posts
SukanGlobal

KIM KARDASHIAN CURI PERHATIAN DI F1 SINGAPURA, HADIR SOKONG LEWIS HAMILTON

– Reuters – Selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian, menjadi perhatian…
Read more
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *