Tempatan

Timbalan Perdana Menteri Tahniah 47 Remaja Orang Asli Cemerlang SPM

Ahmad Zahid, Timbalan Perdana Menteri

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada 47 remaja Orang Asli yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan pada hari ini.

“Alhamdulillah, saya mendapat perkhabaran gembira daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengenai keputusan SPM yang diterima oleh anak muda Orang Asli pada hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa seramai 47 orang anak muda Orang Asli telah mendapat keputusan yang cemerlang pada SPM 2023 dan salah seorang daripadanya mendapat keputusan 11A.

“Sekalung tahniah saya ucapkan kepada adik Muhammad Naufal Adam Mohd Nasir dari Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing kerana berjaya mendapat keputusan 11A. Hebat! ” katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Pada masa yang sama, beliau juga memberikan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pelajar muda yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2023.

“Saya doakan semoga kalian semua terus beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, Insya-ALLAH,” katanya.

Related posts
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *