Hiburan

Azlee Senario Dalam Rawatan di IJN: Yassin Ajak Semua Doakan Kesembuhan

Menurut kenyataan Yassin Senario di Instagram, Azlee dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang dipantau di IJN. Gambar: Instagram Yassin Senario

Artis komedi dan pelakon yang terkenal sebagai salah satu ahli kumpulan Senario, Azlee Jaafar, atau lebih mesra dipanggil sebagai Azlee Senario, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Yassin yang juga merupakan ahli kumpulan Senario memberitahu bahawa Azlee dalam keadaan baik dan terus dipantau di IJN.

Yassin juga memohon doa serta sokongan dari semua pihak untuk kesembuhan dan kelancaran proses pemulihan Azlee.

Berita ini datang selepas Azlee telah dikejarkan dari Hospital Sungai Buloh ke IJN pada hari Khamis yang lalu.

“Alhamdulillah. Abang Azlee dalam keadaan yang stabil dan masih dalam pemantauan di CCU IJN.

“Kepada semua, mohon doakan abang Azlee diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” tulisnya di Instagram.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *