Tempatan

Tersepit Dengan Treler Bawa Jengkaut, Dua Lelaki Meninggal Dunia

Dua lelaki disahkan meninggal dunia selepas treler yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik ke bahu jalan di Jalan Kimanis-Keningau pada petang Isnin

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan, pihaknya termasuk enam anggota telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Kemalangan melibatkan sebuah treler yang membawa muatan jentera berat iaitu mesin berantai dan terbabas sendiri di bahu jalan lalu terbalik.

Pasukan bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan jentera yang dibawa menggunakan peralatan khas. Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia.Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 

Related posts
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *