Hiburan

Kejayaan Drama Siapa Tutup Lampu? Menginspirasi Filem Terbaru, Siapa Buka Lampu?

Filem Siapa Buka Lampu melibatkan kerjasama penerbit dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. Gambar: Sinar Hairan

Pada tahun 2021, kejayaan drama Siapa Tutup Lampu? menarik perhatian syarikat produksi SG Entertainment & Advertising untuk bekerjasama dengan LC Film Sdn Bhd dan Horizon Film Entertainment Sdn Bhd (penerbit Siapa Tutup Lampu?) dalam menghasilkan filem terbaru, Siapa Buka Lampu?

Dengan jalan cerita, pengarah dan pelakon yang berbeza, Siapa Buka Lampu melibatkan kerjasama penerbit dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Filem ini arahan pengarah dari Indonesia, Reka Wijaya, menampilkan pelakon seperti Punnagai Poo Gheetha (Aadhya), Qasrina Karim (Aida), Azizul Ammar (Amir), Azhar Jalil (Arif), Angie Ang (Ayu), Gesya Shandy (Aura), Issey Fazlisham (Aiman), Bell Ngasri (Anurak), Mamak Puteh (Awan) dan banyak lagi.

Secara singkatnya, filem ini mengisahkan sebuah vila yang mendapat perhatian viral di media sosial selepas diberi ulasan oleh banyak pengaruh media sosial.

Bagaimanapun selepas pemilik vila itu sendiri berdepan gangguan, dia cuba mendapatkan khidmat paranormal yang diketuai sepasang suami isteri.

Keadaan mula menjadi huru-hara selepas mereka gagal ‘menyingkirkan’ tetamu tidak diundang, sehingga menyebabkan hantu Anubell yang pernah ditangkap oleh mereka dalam kes sebelum ini telah terlepas.

Pada asasnya, bagi penggemar filem seram, anda pasti akan dapat meneka beberapa watak dan babak parodi daripada beberapa filem seram antarabangsa dan tempatan.

Walaupun Siapa Buka Lampu merupakan sebuah karya komedi, Reka Wijaya masih menyelitkan beberapa babak seram yang masih membuatkan penonton terkejut.

Namun tidak seperti karya komedi seram tempatan yang klise, Siapa Buka Lampu masih mampu membuatkan penonton ketawa geli hati dan pada masa sama ‘terjerat’ dalam ‘jump scare’ yang diselitkan.

Bagi penulis, Siapa Buka Lampu adalah sebuah karya yang santai dan menghiburkan walaupun masih terdapat beberapa kelemahan daripada sudut momentum jalan cerita tetapi ia tidaklah merosakkan keseluruhan filem.

Kemunculan Bell Ngasri walaupun untuk seketika tetapi masih mampu mengeletek hati penonton dengan aksi bersahaja dan dialog berbahasa Thai.

Bagaimana agaknya Bell berbahasa Thai dan dapatkah mereka menyelesaikan masalah yang melanda vila tersebut dan siapakah pula hantu Nak Nak yang membuat gangguan di vila itu?

SIAPA BUKA LAMPU?

PENGARAH: Reka Wijaya

PELAKON: Punnagai Poo Gheetha, Qasrina Karim, Bell Ngasri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Mamak Puteh

GENRE: Komedi / Seram

DURASI: 1 Jam 32 Minit

KLASIFIKASI: 13

TAYANGAN: 4 Jul 2024

BINTANG: 3.5 / 5

Sumber: Sinar Harian

Related posts
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
Hiburan

JEP SEPAHTU LUAH KECEWA, MINTA SHUIB BERHENTI BANGKITKAN ISU PERSAHABATAN DI PODCAST

Pelawak Jep Sepahtu meluahkan rasa kecewa terhadap Shuib yang didakwanya masih membangkitkan isu…
Read more
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *