Resipi

Rahsia Sambal Tumis Enak: Petua dari Makcik-Makcik Kampung

Sambal tumis sedap.

Sebagai penggemar tegar sambal tumis, saya sering bertanya kepada makcik-makcik di kampung tentang cara untuk menghasilkan sambal tumis yang sedap, menarik warnanya dan tahan lama.

Pelbagai cara dan petua yang diperoleh hasil dari pertanyaan tersebut, dan setiap orang pasti ada kaedah tersendiri dalam penyediaan sambal tumis.

Mula-mula kita fokus kepada bahan utama, kemudian kepada kaedah memasaknya.

Bahan:
Cili kering – Pemilihan cili kering sangat penting kerana ia akan mempengaruhi warna dan rasa sambal tumis. Cili kering yang licin dan berkilat adalah lebih pedas berbanding cili kering yang berkedut dan kerinting. Oleh itu, pilihlah cili kering mengikut citarasa anda sama ada yang kurang pedas atau lebih pedas. Rasa sambal juga lebih sedap jika menggunakan cili kering berbanding cili boh.

Bawang – Selalunya, campuran bawang merah kecil, bawang besar dan bawang putih digunakan sebagai bahan kisar utama bersama cili kering. Manakala untuk menumis, saya hanya menggunakan bawang besar sahaja yang digoreng sehingga layu. Ini akan menjadikan sambal tumis lebih sedap dan manis.

Belacan – Belacan digunakan sebagai bahan penyedap tambahan dalam sambal tumis, terutamanya jika sambal tumis tersebut untuk nasi lemak.

Air asam jawa – Boleh dikatakan sambal tumis tidak akan sedap jika kita tidak masukkan elemen masam dalam sambalnya. Jika tiada asam jawa, boleh digantikan dengan asam keping.

Kaedah:

  1. Buang biji dan rebus – Gunting cili kering dan buang bijinya, kemudian rebus cili dalam air sehingga mendidih dan tapis airnya. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa pedas cili, mempercepatkan proses memasak dan memastikan sambal tahan lama.
  2. Tumis dalam minyak yang cukup – Sambal harus ditumis dalam minyak yang banyak supaya cili masak dengan sempurna. Anggaran minyak adalah sehingga bahan tumis tenggelam. Jika tidak suka minyak yang banyak, anda boleh buang minyak dalam sambal setelah sambal masak nanti.
  3. Masak hingga pecah minyak – Langkah ini adalah yang paling penting, iaitu masak sehingga pecah minyak. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak masak sehingga pecah minyak? Pecah minyak berlaku apabila sambal dan minyak sudah terapung dan terpisah di bahagian tepi, serta warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. Itu menandakan sambal sudah masak dengan sempurna. Boleh tambah sedikit air jika kuah kering untuk mengelakkan kuah sambal hangit semasa dimasak.
Related posts
Resipi

Resepi Viral Puri Sambal Sardin: Mudah dan Sedap!

Puri Sambal Sardin yang menarik, siap untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi ini menjadi viral…
Read more
Resipi

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api: Alternatif Sedap dan Jimat!

Hidangan telur dadar masak lemak cili api yang pedas dan beraroma dimasak dengan santan dan…
Read more
Resipi

Kubis Gulung Kukus: Alternatif Diet Lazat dan Sihat

Sajian diet tinggi protein, disertakan dengan sos tiram dan kicap cair yang memikat. Ramai yang…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *