Hiburan

Imane Khelif, Pemenang Pingat Emas Olimpik, Failkan Saman Terhadap Elon Musk dan JK Rowling

Khelif (tengah) telah menamakan Musk (kanan) dan Rowling (kiri) dalam tuntutan mahkamah yang difailkan kepada pihak berkuasa Perancis berkaitan dakwaan gangguan buli siber yang melampau.

Petinju Algeria, Imane Khelif, telah menamakan Elon Musk dan JK Rowling dalam tuntutan mahkamah yang difailkan kepada pihak berkuasa Perancis berkaitan dakwaan gangguan buli siber yang melampau. Nabil Boudi, peguam pemenang pingat emas Olimpik dan berpangkalan di Paris, memberitahu Variety bahawa kedua-dua Elon Musk dan JK Rowling dinamakan dalam aduan jenayah yang dihantar ke pusat anti-kebencian di pejabat pendakwa raya umum minggu lalu.

Saman tersebut difailkan terhadap media sosial milik Elon Musk, X dan ia dikategorikan sebagai aduan terhadap pihak tidak dikenali mengikut Undang-undang Perancis.

Nabil memberitahu bahawa beliau akan memastikan pendakwaan mempunyai semua kuasa yang diperlukan untuk menyiasat semua pihak, termasuk mereka yang menyebarkan mesej kebencian menggunakan nama samaran.

Nabil turut menyatakan bahawa Donald Trump juga bakal menjadi sebahagian daripada siasatan.

“Trump tweet, jadi sama ada dia dinamakan dalam tuntutan mahkamah kami atau tidak, pastinya dia akan dilihat sebagai sebahagian daripada pendakwaan,” tambahnya.

Berita mengenai hal ini mula tersebar beberapa hari selepas Imane Khelif meraih pingat emas dalam pertandingan tinju 66 kilogram wanita di Olimpik Paris 2024.

Imane muncul sebagai pemenang selepas menghadapi tohmahan dan kebencian yang meluas di mana dia berdepan dengan pelbagai gangguan di media sosial berkaitan dengan jantinanya.

Dalam satu hantaran, JK Rowling telah berkongsi foto perlawanan Imane Khelif menentang Angela Carini dari Itali, dengan menuduh Imane sebagai seorang lelaki yang menikmati penderitaan wanita yang baru ditumbuk di kepala.

Elon Musk pula telah berkongsi semula hantaran perenang Riley Gaines yang mendakwa bahawa lelaki tidak sepatutnya terlibat dalam sukan wanita.

Sementara itu, Trump menulis: “Saya akan menghalang lelaki daripada sukan wanita,” tulisnya.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *