Hiburan

Misteri Nidza Afham Terjawab: Mayat Ditemui di Sungai, CCTV Tunjuk Lokasi Terakhir di Gereja St Barnabas

Sedih! Setelah 24 jam hilang, polis sahkan mayat Nidza Afham ditemukan di Sungai Klang. Bapa sempat melaungkan azan.

Misteri kehilangan penyanyi Nidza Afham Mokhtar, 23, akhirnya terjawab apabila mayat seorang lelaki dewasa yang ditemukan di sungai berhampiran Jambatan Sungai Klang pada Rabu disahkan sebagai miliknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan perkara tersebut.

“Mayat itu dijumpai kira-kira jam 7 petang tadi (Rabu) dan disahkan adalah individu yang dilapor hilang (Nidza Afham),” katanya.

Menurut polis, dalam laporan yang diterima pada jam 4.22 pagi, Allahyarham dilaporkan meninggalkan rumah pada jam 7.45 malam, Selasa.

Peserta I Can See Your Voice 3 itu memakai baju biru hitam ketika keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang dan menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.

Lokasi terakhir Nidza Afham adalah di Jambatan Kota, berhampiran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Pada pukul 3.31 petang, bapa Allahyarham telah melaungkan azan di Jambatan Sungai Klang sebagai usaha untuk mencarinya.

Sementara itu, abang ipar arwah, Effie Amron berkata kehilangan adik iparnya yang mesra dipanggil Apam tidak melibatkan sebarang unsur pergaduhan atau kes pinjaman wang dengan pemungut hutang ‘along’.

Dalam satu hantaran di media sosial, Effie menyatakan bahawa dua unsur tersebut didakwa tidak wujud setelah keluarga memeriksa telefon bimbit Apam yang ditemukan di Jambatan Sungai Klang.

Menurutnya, semuanya dalam keadaan baik, dan adik iparnya itu juga berjaya menyelesaikan lariannya di stadium.

Sebelumnya, abang sulung Nidza Afham, Mohd Nidza Irfan Mokhtar memaklumkan bahawa pihaknya telah melihat kelibat Apam dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menurutnya, berdasarkan rakaman CCTV tersebut, lokasi terakhir kelibat Nidza dilihat adalah berhampiran Gereja St Barnabas pada jam 9.06 malam, Selasa.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *