
Sebut sahaja resipi, pasti banyak yang viral di laman media sosial, dikongsikan oleh ramai orang. Ada yang menjadi dan ada juga yang tidak. Baru-baru ini, resipi crab rangoon telah viral di TikTok dengan berjuta-juta tontonan.
Oleh itu, berikut adalah resipi crab rangoon yang anda boleh cuba kerana ianya sangat sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Tengok sahaja pun sudah terliur!
BAHAN-BAHAN:
- Cream Cheese
- Crabstick
- Daun Bawang
- Bawang Putih
- Minyak Bijan
- Garam
- Kulit Wantan
CARA-CARA:
- Potong bawang putih, daun bawang dan isi ketam sehingga halus.
- Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam bekas dan gaul bersama cream cheese. Tambahkan sedikit garam.
- Ambil kulit wantan dan letakkan inti yang telah digaul tadi ke atasnya. Bentukkan mengikut kesesuaian.
- Goreng kulit wantan dalam minyak panas sehingga berwarna keemasan.
- Siap! Hidangkan bersama sos cili.
SELAMAT MENCUBA!