Hiburan

Aufahanie Tegur Wakil Jenama yang Mendesak Ulasan Produk

Aufahanie tegur wakil jenama yang mendesak ulasan produk.

Penyanyi Aufahanie yang juga adik kepada Allahyarham Nidza Afham yang baru-baru ini meninggal dunia, meluahkan rasa marahnya terhadap beberapa wakil jenama yang mendesaknya untuk membuat ulasan produk di media sosial.

Menurut Aufa, akaun media sosialnya mula mendapat perhatian selepas dia mengalami kehilangan abangnya yang juga penyanyi dan YouTuber.

“Saya cuba untuk tidak memperbesarkan perkara in. Tetapi makin lama makin banyak pula jenama yang DM (mesej) saya untuk buat kempe dan ‘review’ produk mereka.”

“Saya baru kehilangan ahli keluarga. Akaun saya dicari untuk perkembangan abang saya. Bukan saya viral sebab benda lain.”

“Di manakah akal fikiran anda? mesej saya untuk beri kempen kerana ‘engagement’ saya sedang tinggi sekarang demi kepentingan jenama anda.”

Tambahnya, wakil jenama tersebut seolah-olah mendesaknya untuk bekerjasama dengan mereka.

Oleh itu, dia meminta pihak berkenaan agar bertindak lebih profesional dan tidak memaksanya di saat dia masih bersedih atas kehilangan orang tersayang.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *