Hiburan

Syamsul Yusof Failkan Permohonan Cerai Terhadap Ira Kazar

Syamsul Yusof telah mengemukakan permohonan cerai terhadap Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada hari Isnin.

Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada hari Isnin.

Menurut laporan, Peguam syarie Azmi Mohd Rais, yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu, telah mengesahkan perkara tersebut.

Namun, peguam tersebut menyatakan bahawa mahkamah belum menetapkan tarikh sebutan kes untuk permohonan cerai itu.

Syamsul yang nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof, berkahwin dengan Ira selepas berpisah dengan Puteri Sarah, nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, pada 14 Jun 2023.

Syamsul dan Puteri Sarah mempunyai dua orang anak, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari 2023, Syamsul mengakui bahawa dia telah menikahi Ira di Thailand.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *