Viral

Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Afzan: Majlis Akan Disiarkan di Dataran MBK dan Tasik KotaSAS

Istiadat perkahwinan Diraja Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham Diraikan selama 3 Hari.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Istiadat ini dimulakan dengan majlis akad nikah di Istana Abdulaziz, Pahang diikuti dengan Istiadat Berinai pada hari berikutnya. Istiadat Bersanding dijadualkan pada hari Ahad ini, dan semua acara akan disiarkan melalui dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Satu dan di Tasik KotaSAS.

Zahari turut menyatakan bahawa pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi sepanjang istiadat Perkahwinan Diraja tersebut.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah juga telah bertitah mengenai perkahwinan anak perempuan baginda dan mendoakan agar semua proses istiadat berjalan lancar.

“Semoga majlis yang akan diadakan ini berjalan lancar, penuh keberkatan dan diredai Allah SWT serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina ini akan kekal hingga ke jannah” titah Al-Sultan Abdullah.

Related posts
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *