Hiburan

Shila Amzah Berjaya Masuk Final, Tampilkan Persembahan Mantap di China

Shila berjaya meraih gelaran juara mingguan dan sekaligus menempah tempat ke final.

Meskipun baru empat bulan melahirkan anak kedua, penyanyi Shila Amzah tetap tampil dengan persembahan yang mantap di China menerusi program Singing With Legends.

Shila yang juga dikenali sebagai Nurshahila Amir Amzah menyatakan bahawa dia telah ‘menempah’ tiket ke final selepas dinobatkan sebagai juara mingguan.

“Saya juara minggu ini, yang melayakkan saya terus ke peringkat akhir,” kongsinya.

Tambah Shila, 34, melalui persembahan hujung minggu lalu, dia telah membawakan dua lagu iaitu “Bring Me To Life” bersama Wang He Ye dan lagu Mandarin “Ning Meng Cao De Wei Dao” bersama artis terkenal China, Julia Peng Jia Hui.

“Saya suka kedua-dua persembahan sebab dapat menyampaikan lagu berbeza genre kali ini,” ujar Shila.

Pada awal September lalu, pelatun Jauh Hati itu berkongsi perkembang karier seninya dengan menyertai sebuah program televisyen di China iaitu Singing With Legends untuk musim keenam.



Program tersebut menampilkan gandingan penyanyi legenda bersama bakat muda di atas pentas yang sama. Shila pula bukanlah nama asing di China setelah tiga kali menyertai program di sana, termasuk menjuarai program Asian Wave pada tahun 2012.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *