Hiburan

“Kes Masih Belum Selesai” – Aliff Aziz Tegaskan Fakta Terkait Kes Mahkamah

“Sama sekali tidak benar,” tegas Aliff Aziz yang menafikan dakwaan bahawa dia telah menarik balik kes terhadap Sarah Yasmine, sebaliknya dia perlu mematuhi perintah mahkamah.

Penyanyi dan pelakon terkenal, Aliff Aziz menafikan tuduhan bekas kekasihnya, Sarah Yasmine yang menyatakan bahawa dia telah menarik balik kes mahkamah yang melibatkan mereka. Menurut Aliff, kes mahkamah tersebut sebenarnya masih belum selesai.

“Kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya adalah sama sekali tidak benar. Ini adalah penjelasan saya tentang fakta kesimpulan kes mahkamah yang melibatkan pihak sana setelah mendapati ada kekeliruan ramai.”

“Saya ingin nyatakan dengan jelas di sini, memang kes ini telah selesai tapi ia selesai dengan mahkamh telah memutuskan ‘Final Court Order’ terhadap pihak sana.”

“Jadi kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya adalah sama sekali tidak benar.”

Dengan penjelasan itu, penyanyi tersebut berharap agar tiada lagi kekeliruan dan tiada pihak yang akan cuba memanipulasi fakta mengenai kes tersebut.

Sebelum ini, Sarah yang berasal dari Singapura telah menerima notis mahkamah yang melarangnya daripada mengeluarkan sebarang pendedahan di media sosial.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *