Pelakon Janna Nick telah menerima mesej daripada seorang individu melalui DM di Instagram yang meminta bantuan dalam bentuk wang.
Dalam Instagram story-nya, Janna menunjukkan mesej yang diterimanya daripada individu tersebut yang merayu meminta wang sebanyak RM8,500 kerana sudah terkantoi mencuri dan memerlukannya untuk membayar semula.
“Tolong saya kak, saya kantoi mencuri. Saya memerlukan duit bayar balik tapi saya tiada duit. Saya harap sangat akak dapat bantu saya dalam RM8,500. Saya tiada sesiapa. Mereka nak hari ini juga.“
Aktres berusia 29 tahun itu bagaimanapun tidak merasa simpati terhadap rayuan individu tersebut, sebaliknya meminta agar dia bertaubat dan menyesali perbuatannya.
Janna juga menambah bahawa tindakan jahat yang dilakukan oleh individu itu pasti akan mendapat balasan suatu hari nanti.
“Orang penat kerja, menyimpan, dia senang je mencuri lepas itu kantoi. Minta orang lain bayar. Bertaubatlah dik. Hari ini kita curi, tipu orang, esok Allah balas berkali-kali ganda lebih teruk dari nilai yang kita curi tu, Maaf saya benci orang malas.“