Hiburan

Anna Jobling Bawa Nama Malaysia ke Peringkat Antarabangsa Melalui Filem Lembayung dan Laut Tengah

Dua filem yang dibintangi oleh Anna kini mendapat sambutan yang luar biasa di Indonesia.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman menganggap kejayaan Anna Jobling sebagai pelakon utama dalam filem Indonesia, Lembayung dan Laut Tengah sebagai satu kebanggaan besar bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga bagi industri filem Malaysia.

Menurut Kamil, adalah satu cabaran besar bagi pelakon Malaysia untuk diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem terbitan Indonesia, memandangkan filem Malaysia sukar menambat hati penonton di negara tersebut.

“Walaupun beberapa pelakon Malaysia berjaya mencipta nama di Indonesia, terutamanya dalam siri televisyen, Anna benar-benar layak menerima pujian kerana berjaya memegang watak utama dalam filem yang ditayangkan di pawagam. Ini adalah pencapaian yang kita patut banggakan,” katanya.

Menurut Kamil, beliau secara peribadi percaya bahawa kejayaan Anna akan mengukuhkan lagi hubungan antara industri filem Malaysia dan Indonesia serta membuka peluang untuk lebih ramai bakat tempatan menonjol di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Anna meluahkan rasa syukur dan gembira dengan penghargaan yang diberikan oleh pengerusi Finas itu.

“Saya bersyukur dan berterima kasih atas penghargaan diberikan. Kejayaan ini bukanlah milik saya seorang, tetapi hasil daripada sokongan ramai pihak termasuk pihak pengurusan saya, pasukan produksi dan peminat.

“Saya berharap kejayaan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelakon dan penggiat seni tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya juga teruja untuk terus berusaha mengangkat nama industri perfileman Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” tuturnya.

Pada masa yang sama, Anna kini terlibat dalam penggambaran filem Duyung – Legenda Aurora bersama barisan bintang terkenal seperti Maya Karin, Saiful Apek dan Datuk Yusry Abdul Halim yang dijangka ditayangkan pada September 2025.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *