Viral

Kugiran MASDO Bawa Nama Malaysia ke Peringkat Global dengan Pencalonan MTV EMA

Kugiran MASDO telah tercalon dalam kategori Artis Asia Terbaik di MTV EMA, sekali gus melakar nama mereka di Manchester.

Pernah mengadakan konsert di London, Kugiran MASDO sekali lagi mencipta nama di Manchester setelah tercalon dalam kategori Artis Asia Terbaik “Best Asia Act” di MTV EMA Manchester 2024.

Anugerah MTV EMA dikenali di seluruh dunia sebagai malam anugerah muzik terbesar dan akan berlangsung di Manchester, England pada 10 November (Eropah) dan 11 November (Asia).

Dikenali sebagai anugerah muzik global yang terkemuka, pencalonan ini memberikan peluang besar kepada MASDO untuk terus berhubung dengan peminat muzik mereka.

Para peminat kugiran ini turut mengucapkan tahniah atas pencapaian yang sangat membanggakan ini kerana membawa nama negara ke pentas global.

Sebagai tambahan, Kugiran MASDO pernah mengadakan konsert di London, England pada Februari 2024 dan tiket mereka habis terjual.

Related posts
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *