Hiburan

Puteri Balqis Titip Pesanan kepada Fatima Aisya, Fazura Ucap Terima Kasih!

“Terima kasih adikku kerana mendoakan yang baik-baik untuk kami,” ujar Nur Fazura sebagai respon terhadap surat terbuka Puteri Balqis buat Fatima.

Sebelum ini, tular seketika apabila tulisan pelakon remaja, Puteri Balqis kepada anak perempuan Nur Fazura dan Fattah Amin, Fatima Aisya menjadi perhatian netizen di media sosial.

Bukan hanya netizen malah ibu Fatima Aisya, Nur Fazura turut memberi respon terhadap ‘surat terbuka’ Puteri Balqis itu.

Difahamkan, Fazura telah meninggalkan ucapan terima kasih kepada Puteri Balqis di ruangan komen hantaran tersebut.

“MasyaAllah TabarakAllah, wise words from such a young and brilliant lady. Terima kasih adikku Balqis mendoakan yang baik-baik buat kami khususnya anakanda Fatima. You are admirable. Semoga Balqis terus kuat dan berjaya di dunia akhirat. Aminn Allahuma Aminn.“

Terdahulu, Puteri Balqis telah menyampaikan pesanan kepada Nur Fatima Aisya supaya sentiasa mengingati pengorbanan ibu bapanya walaupun mereka sudah tidak bersama.

Puteri Balqis juga berkongsi pengalamannya berhadapan dengan orang ramai yang ingin dia membenci ibunya sendiri.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *