Hiburan

“Saya Tidak Materialistik” – Nora Danish Jelas Isu Bekas Suami

Nora Danish menegaskan bahawa dia tidak memilih status tetapi lebih tertarik dengan perwatakan bekas suaminya.

Baru-baru ini, pelakon cantik Nora Danish mendedahkan dalam sebuah podcast bahawa dia tertarik kepada bekas suaminya kerana perwatakannya sekaligus menafikan dakwaan yang mengatakan dia seorang wanita materialistik.

Menurut Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, dia sama sekali tidak memandang harta kedua-dua bekas suaminya. Sebaliknya, perwatakan mereka yang membuatkan dia ingin mendirikan rumah tangga.

Bila tengok perjalanan hidup saya nampak macam memang betul saya memilih status. Tetapi, kalau tengok sebelum saya kahwin, teman lelaki saya semua orang biasa. Cuma kerana perwatakan mereka (bekas suami) yang buat saya tertarik.

Tegasnya, kedua-dua bekas suaminya yang mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga dan dia tidak pernah mempunyai kriteria tertentu, sebaliknya jodoh datang secara semula jadi.

Ibu mengajarnya sejak kecil agar tidak meminta duit daripada orang lain. Dalam pada itu, pelakon drama Puteri itu tidak pernah mengharapkan harta bekas suaminya sepanjang mereka berkahwin.

Kedua-dua bekas suami saya pun boleh setuju yang saya satu sen pun tak pernah minta duit mereka. Dari kecil ibu saya ajar saya untuk jangan minta duit orang.

Sekadar makluman, Nora Danish pernah berkahwin dengan Nedim pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Neqayl tetapi mereka berpisah pada Jun 2024.

Sebelum itu, Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada tahun 2006.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *