Viral

Liam Payne, Bekas Ahli One Direction, Ditemui Meninggal Dunia di Buenos Aires

Liam Payne telah meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah hotel.

Bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah hotel di Buenos Aires, ibu negara Argentina pada Rabu waktu tempatan.

Mengikut laporan media antarabangsa, Payne yang berusia 31 tahun ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga hotel tersebut.

Menurut pegawai keselamatan, pihak polis segera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Pihak polis mengesahkan bahawa ketika panggilan diterima, laporan menyebut mengenai “seorang lelaki yang agresif dan mungkin berada di bawah pengaruh dadah serta alkohol.”

Petugas ambulans kemudian mengesahkan kematian penyanyi tersebut yang ditemui di patio teres dalaman hotel.

Liam Payne mencapai kemasyhuran global sebagai sebahagian daripada kumpulan pop One Direction yang telah dibubarkan, bersama Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlinson.

Kumpulan lelaki itu bermula selepas menduduki tempat ketiga dalam rancangan pertandingan muzik X Factor versi British pada tahun 2010, namun berpecah pada tahun 2016 kerana ahlinya meneruskan projek berbeza termasuk kerjaya solo.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *