Hiburan

Tuduhan Terkini: P. Diddy Didakwa atas Tuduhan Liwat Kanak-Kanak dan Remaja

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 2005 dan 2008.

Belum selesai kes serangan seksual yang dihadapi, mogul rap P. Diddy kini didakwa pula atas perbuatan liwat terhadap seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dan seorang remaja berusia 17 tahun.

Diddy yang juga dikenali sebagai Sean John Combs berusia 54 tahun didakwa melakukan tindakan tersebut pada tahun 2005 dan 2008 dengan kes ini difailkan di Mahkamah Tinggi New York.

Namun, peguam yang mewakili Diddy menolak tuduhan tersebut menegaskan bahawa pihak pendakwaan yang diwakili oleh Anthony Buzbee hanya mencari publisiti.

“Saya dan anak guam saya yakin terhadap fakta dan integriti proses kehakiman.

“Dalam perbicaraan di mahkamah, segala kebenaran akan terbongkar bahawa Diddy tidak pernah menyerang dan memperdagangkan sesiapa (secara seksual),” katanya.

Menurut tuntutan mahkamah, lelaki yang ketika itu berusia 10 tahun itu telah diberikan minuman berkarbonat yang dicampur dengan dadah oleh rakan kongsinya sebelum diserang secara seksual.

Dalam tuntutan berasingan, mangsa kedua pula mendakwa Diddy memaksanya melakukan aksi seksual dengannya bersama seorang pengawal peribadi semasa uji bakat sebuah rancangan realiti.

Pada 16 September lalu, Diddy ditahan polis di sebuah hotel atas tuduhan melakukan pemerdagangan seks dan serangan seksual terhadap lebih daripada 100 mangsa termasuk remaja di bawah umur.

Sejak kes tersebut menjadi bualan, ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu seperti Usher, Justin Bieber dan Meek Mill.

Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua kesalahan tersebut.

Related posts
Hiburan

JEP SEPAHTU LUAH KECEWA, MINTA SHUIB BERHENTI BANGKITKAN ISU PERSAHABATAN DI PODCAST

Pelawak Jep Sepahtu meluahkan rasa kecewa terhadap Shuib yang didakwanya masih membangkitkan isu…
Read more
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more
Hiburan

DR FIE EX KEPADA PENYANYI NUBHAN SAH BERTUNANG, PILIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI HINGGA AKAD NIKAH

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau Dr Fie, mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *